European Union Delegation to Singapore

Deklarasi oleh Perwakilan Tinggi bagi pihak Kesatuan Eropah sempena ulang tahun ke-7 kejatuhan Pesawat Malaysia Airlines MH17

Brussels, 17/07/2021 - 06:42, UNIQUE ID: 210717_3
Statements on behalf of the EU

Pada 17 Julai, Kesatuan Eropah memperingati ulang tahun ketujuh jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17, yang mana seramai 298 orang dari 17 warganegara telah kehilangan nyawa mereka.

 

Pada 17 Julai, kami memperingati ulang tahun ketujuh jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17, yang mana seramai 298 orang dari 17 warganegara telah kehilangan nyawa mereka. Kesatuan Eropah akan terus menyampaikan rasa simpati kepada semua yang telah kehilangan orang tersayang.

Kesatuan Eropah mengulangi sokongan penuh ke atas semua usaha dalam menegakkan kebenaran dan keadilan terhadap 298 mangsa kejatuhan pesawat MH17 dan keluarga mereka serta menuntut mereka yang terlibat agar bertanggungjawab di bawah Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mengulangi kenyataan sebelumnya, Kesatuan Eropah telah mengambil langkah- langkah berhubung hal ini dan percaya bahawa Rusia harus bertanggungjawab dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha untuk mewujudkan akauntabiliti termasuklah melalui rundingan tiga hala di antara Australia, Belanda dan Persekutuan Rusia berhubung kejatuhan pesawat MH17.

Editorial Sections: